Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah adalah Dekan di Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Pendidikan Matematik. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Matematik daripada University of East Anglia, Norwich. Kajian-kajian beliau banyak mengkhususkan dalam pembangunan modul bagi murid dan guru di peringkat menengah. Selain itu juga, beliau pelbagai isu lain dalam pendidikan matematik contohnya kemahiran berfikir aras tinggi, amalan guru-guru dalam pengajaran menjadi fokus kajian beliau. Beliau juga menjadi tenaga pakar dalam pembangunan buku teks matematik oleh Kementerian Pendidikan selain dijemput sebagai penceramah untuk pelbagai program berkaitan pendidikan matematik. Beliau telah menerbitkan pelbagai artikel di jurnal dan prosiding serta turut menyumbang artikel untuk penerbitan di surat khabar.