SKSM30: Pengucaptama 1

PROF. DR. SITI AISHAH HASHIM ALI
Universiti Terbuka Malaysia

Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali merupakan Pengurus Besar (Pengalaman Pelajar dan Teknologi) di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Sebelum ini, Prof. Dr. Siti Aishah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Terbuka Antarabangsa (IOC) yang mana kolej itu merupakan satu kolej di bawah OUM.  Beliau bertanggungjawab menguruskan kolej antarabangsa untuk menjalankan semua program akademik sehingga pengurusan kolej. Sebelum beliau menyertai OUM, Prof. Dr. Siti Aishah telah bekerja di Universiti Malaya selama 21 tahun. Beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang matematik gunaan di Universiti Malaya pada tahun 2004. Bidang pengkhususan beliau adalah permodelan matematik, matematik kejuruteraan dan matematik gunaan (PDE, ODE , Kalkulus, Vektor, Sistem Tak Linear).

Sains Matematik Pemangkin Kemajuan Teknologi Sejagat

SECURITY POLICY   |   PRIVACY POLICY   |   DISCLAIMER   |   COPYRIGHT
Copyright © 2023 SKSM30 IMK UniMAP. All Rights Reserved.
error: Content is protected !!