Semua ahli akademik dan penyelidik dijemput untuk menghantar abstrak asli untuk pembentangan. Untuk maklumat lanjut dan garis panduan penyerahan, sila pergi ke laman web SKSM30. Semua kertas kerja yang diterima akan dikompil dan diterbitkan dalam buku prosiding/jurnal terpilih.
SKSM30 kini menerima Kertas kerja penuh. Penulis prospektif dijemput untuk mendaftar dan mengemukakan fail kertas kerja penuh mereka. Fail kertas kerja yang dikemukakan mestilah dalam format word atau Tex. Bilangan halaman adalah terhad kepada maksimum 8 muka surat.
Kertas kerja penuh mesti dihantar / dimuat naik melalui sistem Penghantaran Dalam Talian kepada sekretariat sebelum atau pada 28 Februari 2023 (untuk abstrak) dan 30 April 2023 (untuk kertas kerja Penuh). Halaman pertama draf kertas kerja hendaklah termasuk: (1) Tajuk kertas kerja, (2) Nama, gabungan dan alamat e-mel bagi setiap pengarang; (3) Maksimum 5 kata kunci.